Tuesday, 22 November 2016


ASSALAMUALAIKUM................

emm...untuk pengetahuan semua sebelum panjang lebar saya membuat coretan sudilah kiranya kita berkenalan terlebih dahulu.  Saya Sharibi selaku tuan rumah saafia homestay @ simpang pulai.  

Bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng.  Seorang suami dan ayah kepada 4 orang anak.  Isteri saya juga bertugas sebagai seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Raya. 

saya juga mempunyai 4 orang anak iaitu puteri sulung saya Izz Saafia dan 3 orang putera iaitu muhammad iman sudais, muhammad izzul sidqi dan muhammad izzat syazwi. 


kata orang tak kenal maka tak cinta....mari saya kenalkan pula mengenai salasilah saafia homestay saya secara ringkas.  #Saafiahomestay ini asalnya Sebuah rumah semiD dalam pembinaan yang  dibeli kira-kira 2 tahun yang lalu.  walaubagaimanapun pada bulan september 2016 saya baru diberi kunci.  

  
dengan izin allah setelah bertungkus lumus bersama kawan-kawan dan isteri, saya dapat menyiapkan homestay saya dengan keperluan-keperluan yang diperlukan di dalam sebuah rumah.  terima kasih diucapkan kepada geng LIPAK kerana dengan bantuan anda semua dapatlah saya menghasilkan sebuah homestay yang cantik mata memandang dan selesa untuk didiami.  terima kasih geng.....


tak indah jika tiada kemudahan yang tak lengkap dalam sebuah rumah.  emmmm saya dengan berlapang dada telah menyediakan Kemudahan-kemudahan untuk  para penghuni homestay adalah seperti 2 buah aircond, dapur, peti ais, mesin basuh, televisyen yang dilengkapkan dengan kemudahan astro dan ampaian yang luas untuk menyidai baju.  

saya berharap penghuni homestay berpuas hati dengan kemudahan yang telah disediakan kepada anda semua. 

 

 

 

 

 



No comments:

Post a Comment