Wednesday 23 November 2016

JOM JALAN-JALAN KE KELLY CASTLE.....

Baru-baru ni saya ada bawak anak-anak jelajah kelly castle..damai ja suasana pagi di sini.  selain bergambar kita juga dapat menghirup udara segar di sini.  hijau ja rumput-rumput dan pokok-pokok sambil melambai-lambai.  

banyak pose-pose menarik dapat dilakukan disini.  pengunjung-pengunjung dapat bergambar sambil menikmati keindahan dan merasa suasana baru apabila berada disini.


terdapat juga gerai-gerai yang menjual cenderamata selain kedai-kedai makan disebelah hadapan banggunan ini.  parking yang luas juga disediakan di hadapan dan belakang kedai tersebut.








Tuesday 22 November 2016

Gua tempurung.


Berpeluang untuk meneroka gua tempurung bersama pelajar form 3.
Gua tempurung adalah satu lokasi pelanvongan negeri perak.
Gua ini terletak lebih kurang 15 km dari RTC gopeng yg mengambil masa lebih kurang 15 minit. Pelbagai kemudahan disediakan disini seperti gerai makan, kedai cenderahati, tandas surau dan lain-lain.
 Anak sungai mengalir dari dalam gua..airnya sunguh jernih.







ASSALAMUALAIKUM................

emm...untuk pengetahuan semua sebelum panjang lebar saya membuat coretan sudilah kiranya kita berkenalan terlebih dahulu.  Saya Sharibi selaku tuan rumah saafia homestay @ simpang pulai.  

Bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng.  Seorang suami dan ayah kepada 4 orang anak.  Isteri saya juga bertugas sebagai seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Raya. 

saya juga mempunyai 4 orang anak iaitu puteri sulung saya Izz Saafia dan 3 orang putera iaitu muhammad iman sudais, muhammad izzul sidqi dan muhammad izzat syazwi. 

Sunday 13 November 2016

HOMESTAY di Simpang Pulai,Ipoh Perak " sAafiahomestay@simpang Pulai Ipoh Perak"

 HOMESTAY di SIMPANG PULAI, IPOH PERAK.   "sAafia homestay@simpang Pulai,Ipoh Perak"

LOKASI BERDEKATAN.

KELLES CASTLE


 Kellie's Castle atau Istana Kellie's yang terletak di Batu Gajah, Perak telah dibina pada tahun 1905 milik seorang peladang Scotland yang bernama William Kellie Smith. Walaupun sudah berusia 107 tahun, istana lama ini masih kukuh berdiri di puncak bukit yang menghadap estet getah























Taman herba negeri perak terletak berdekatan rtc gopeng. 





RTC GOPENG


Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak yang terletak di Gopeng menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan, swasta dan aktiviti perniagaan untuk kemudahan orang ramai berurusan di sini. Di samping itu, fasiliti yang disediakan juga adalah bersesuaian bagi kemudahan seisi keluarga berkunjung ke RTC Perak. Komponen yang terdapat di RTC Perak adalah seperti berikut :

  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Jabatan Pertanian (DOA)
  • Jabatan Perikanan (DOF)
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • TEKUN Nasional
  • Agrobank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Kiosk 1 Malaysia
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tenaga Kerja
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Jabatan Pertahanan Awam
  • Ikatan Sukarelawan (RELA)
  • Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
  • Jabatan Penjara Malaysia (Galeri Jualan Produk Kraftangan)
  • Pejabat Daerah dan Tanah Kinta
  • Pejabat Daerah dan Tanah Kampar
  • Kolej Komuniti Gopeng
  • Ar-Rahnu YAPIEM



KTM BATU GAJAH




Stesen Keretapi Batu Gajah ialah sebuah stesen keretapi yang terletak di Batu Gajah, Perak,  Malaysia.




BERDEKATAN DENGAN SIMPANG KE CAMERON HIGHLAND

The Cameron Highlands is Malaysia’s most extensive hill station. It occupies an area of 712 square kilometres. To the north, its boundary touches that of Kelantan; to the west, it shares part of its border with Perak

LAKSA TELOR BERSARANG DAN LIMAU TAMBUN









MATRIKULASI GOPENG PERAK DAN SBP INTAGRASI GOPENG PERAK





Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ialah Kolej Matrikulasi yang ke-6 yang telah ditubuhkandi Malaysia.Kolej Matrikulasi Perak seluas 67.048 ekar dan terletak di GopengPerak. Jaraknya  dengan Bandaraya Ipoh ialah sejauh 24 km dan 4 km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi       pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan 123 orang pensyarah, .




SBP INTEGRASI GOPENG PERAK










Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
 (I-GOP) atau nama ringkasnya SBPI Gopeng, merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di negara ini yang terletak di Jalan Kota Bharu. SBPI Gopeng mula dibuka pada 17 Februari 2003 dengan pengambilan pelajar perintis seramai 220 orang. SBPI Gopeng juga merupakan salah sebuah daripada 8 buah sekolah integrasi yang mula diperkenalkan pada tahun 2002. SBPI Gopeng merupakan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang pertama dan satu-satunyadibuka di negeri Perak   













HOMESTAY di SIMPANG PULAI, IPOH PERAK " saafiahomestay.blogspot.com "

sAafia HOMESTAY@SIMPANG PULAI,IPOH PERAK 











*Berdekatan dengan Taman Herba (1km) 
*Berdekatan dengan KELLIES CASTLE (2km) 
*Berdekatan dengan Kompleks KTM Batu Gajah (6km) 
*Berdekatan dengan RTC Gopeng (3km) 
*Berdekatan dengan Matrikulasi Gopeng Perak(10km)
*Berdekatan dengan SBP Integrasi Gopeng Perak(10km) 
*Berdekatan dengan Sungai Jahang Berarus deras(14km) 
*Berdekatan dengan Limau Bali Tambun(10km) 
*Berdekatan dengan Laksa telur Bersarang Taman Sri Botani (13km)













Berminat call@wassup : 0124228717/0124118718
sAafiahomestay.blogspot.com